Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
HomeAhlan wasahlan...selamat datang ke teratak 'illiyyin Feb 24, 2006








Mali Rabbun Siwa - Dai Nada - Dai Nada


Salam buat semua yg sudi datang ziarah...salam 165...salam Ihsan Iman Islam...maaf jika banyak yg terhidang di sini hanyalah untuk sahabat-sahabatku yang setia..hanya segelintir sahaja yang dapat kukongsi buat semua...

...tiada apa yg mampu kuhidangkan hanya secebis pengalaman harian...yang cuba-cuba kusalutkan dalam hikmah penciptaan...diadun bersama setitis kasih...harapanku terhidang nanti sebuah 'illiyyin...bersama sinaran nursuci...moga diizinkanNya...

...'illiyyin nursuci adalah hanya satu nama yang dipilih oleh seorang hamba yang kerdil; yang tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin dariNya...walau apapun, dia amat mengharapkan kasih dan sayang dari Al-'Aliy; Yang Maha Tinggi dan Al-Quddus; Yang Maha Suci.

Moga kasih sayangNya buat kita semua, sentiasa, selamanya...Sesungguhnya Dia setia mencintai kita tetapi kita pula bagaimana? Setia mencintaiNya...setia mentaatiNya?!

....Moga Allah kuatkan hati dan anugerahi keikhlasan dalam setiap tingkah laku dan ketaatan yang ditunaikan. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di lubuk hati.

Moga damai untuk semua...rahmat untuk semua...CintaNya dan Rasul s.a.w untuk semua manusia yang mencari dan mendambakannya. Moga kitalah itu pencari dan pendamba CintaNya...dan moga kita setia mencintaiNya...setia mentaatiNya...setia dan ikhlas sebagai seorang hamba. Amin.
.
....
.